RESET MINDA REMAJA

Remaja merupakan mutiara harapan bangsa yang harus digilap. Melihat kepada skop spektrum populasi negara, majoritinya terdiri daripada golongan remaja dan orang muda.

Reset minda bermaksud mengubah cara berfikir seseorang. Remaja dikategorikan umurnya sekitar 13-24 tahun atau 14-21 tahun.

Terdapat 2 keadaan remaja iaitu remaja yang cemerlang dan bermasalah.

Bagaimana ingin melihat masa depan negara, lihatlah kepada keadaan remaja pada masa sekarang.

Tujuan remaja dilahirkan adalah semata-mata untuk menjadi hamba Allah s.w.t. yakni khalifah di muka bumi ini dan juga mengimarahkan dunia mengikut hukum syariat Allah s.w.t. yang telah digariskan mengikut al-Quran dan as-Sunnah. Terdapat 2 keistimewaan yang dimiliki oleh remaja iaitu badan yang sihat dan nafsu yang kuat.

Remaja hendaklah mempunyai perancangan yang teliti dalam menjalankan kehidupan sehari-hari agar masa tidak terbuang begitu sahaja, sebagai contoh mempunyai:

  1.  Misi yang besar = apa yang nak dilakukan
  2.  Visi (5-10 tahun) = apa keadaan diri kita
  3.  Matlamat yang hendak dicapai
  4.  Jurnal / diari peribadi

Remaja diibaratkan seperti layang-layang. Jikalau di angkat naik, cantik. Jikalau dilepaskan, menjadi tidak terarah.

Semua peringkat umur memainkan peranan penting dalam menghasilkan remaja yang berguna terutamanya golongan ibu bapa. Permasalahan yang sering terjadi melibatkan remaja adalah kebanyakannya berpunca daripada ibu bapa yang tidak kreatif dalam memberi didikan kepada anak-anak.

Permasalahan yang sering dihadapi oleh remaja adalah seperti berikut:

  1. Memberontak, tidak mendengar nasihat. Nasihat yang dilaung oleh ibu dianggap bebelan.
  2. Tidak rasa dihargai, dikasihi dan dihormati oleh kedua ibu bapa.
  3. Apabila merasa diri tidak dihargai, mula melakukan perkara yang boleh menghancurkan diri sendiri; merempit, merokok.

Remaja ‘generasi Z‘ ini sepatutnya dibentuk mengikut acuan mereka, sebagai contoh mengalukan atau memuji hasil usaha yang telah mereka kerjakan. Secara tidak langsung, keyakinan diri mereka meningkat dan mereka terinspirasi daripada pujian tersebut.

Ibu bapa hendaklah menitikberatkan perkara-perkara berikut dalam mendidik remaja, iaitu:

  1. Tahu dimana dia pergi.
  2. Siapa ibu dan ayah kawan mereka.
  3. Tidak membiarkan anak remaja perempuan tidur bermalam di rumah kawan mereka.

Permasalahan ‘syok sendiri’ yang berlaku dikalangan ibu bapa, antaranya:

  1. Nasihat yang dileter, mahu didengar oleh anak-anak. Akan tetapi, tidak meminjamkan telinga mendengar luahan permasalahan mereka.
  2. Tidak ‘sporting‘ – bertegas dalam semua perkara.

Apa yang kita tinggal dalam jiwa anak kita, lebih penting daripada apa yang ditinggalkan kepada mereka

Justeru, terdapat beberapa cadangan kepada ibu bapa dalam memberi pendekatan yang sesuai dengan anak-anak remaja, antaranya:

  1. Banyakkan berbincang tentang; a) Tujuan kehidupan yang baik. b) Visi dan misi kehidupan anak-anak.
  2. Melakar skrip kehidupan (accountability partner); Minggu depan nak buat apa, sekiranya tertunai apa yang dirancang, pemenang mendapat hadiah.
  3. Mendidik anak-anak mengikut peringkat umur yang sesuai dengan cara: (0-7tahun= kasih sayang), (7-14tahun= disiplin), (14tahun>= KAWAN)
  4. Tidak membiarkan anak dibeza-bezakan.

Secara konklusi dapat disimpulkan bahawa, remaja sangat mudah dibentuk sekiranya menggunakan cara yang betul. Ibu bapa sangat memainkan peranan penting dalam hal ini. Dalam masa yang sama, pihak kerajaan juga berperanan untuk menganjurkan pengisian luarbiasa yang dapat menarik minat remaja untuk turut serta seterusnya dapat mengisi masa mereka dengan perkara yang berfaedah.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s